Sabtu, 11 Ogos 2012

Polis cari empat lelaki bantu siasatan



KOTA BHARU – Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan beberapa kes jenayah termasuk samun dan curi kenderaan.
Empat lelaki yang dikenali sebagai Abang Chik, Hafis Cina, Avis dan Jihan Kunyit itu kali terakhir dilihat polis ketika menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna emas dengan nombor pendaftaran palsu DAL 3552  ke arah bulatan Kampung Surau, Pasir Puteh.
Kesemua mereka atau nama sebenarnya, Ahmad Fareez Ab Aziz, Mohd Raffiq Razwardy Ab Aziz, Mohd Azihan Jaafar dan Mohamad Aris Zamani berasal dari daerah itu.

Ops Selamat dilancar


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Ops Sikap yang diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2001 berubah wajah dengan pendekatan yang lebih baik apabila pasukan itu melancarkan Ops Selamat esok.

Sebelum itu, Ops Sikap dikenali sebagai Ops Statik dan Ops Pacak. Pelancaran Ops Selamat akan disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Dataran Shah Alam, Selangor.

Selain mengurangkan kadar kemalangan maut serta jumlah kematian pada musim perayaan ini, Ops Selamat juga merangkumi pencegahan jenayah termasuk kes-kes berkaitan harta benda serta jenayah jalanan.

Ops Selamat yang diberi suntikan lebih segar untuk memantapkan operasi PDRM di musim perayaan adalah selari dengan permintaan orang ramai yang mahukan kehadiran polis di kawasan perumahan semasa penghuninya balik kampung.

KUMPULAN KONGSIGELAP MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DI KLUANG

Tanda Isyarat Kumpulan Kongsigelap tertentu

Dua kumpulan samseng bergaduh

KLUANG 6 Ogos - Pergaduhan antara dua kumpulan samseng dikenali sebagai Kaw Lak Kaw (969) dan Jin Ngee Thong yang berpunca daripada perebutan kawasan mengakibatkan seorang anggota salah satu geng itu cedera parah akibat diserang sekumpulan 40 lelaki, kelmarin.

Dalam kejadian di Taman Suria di sini pukul 11 malam itu, mangsa berusia 28 tahun terpaksa menerima 10 jahitan di kepala akibat ditetak dan dipukul dengan parang panjang, rotan, kayu snuker, kayu beluti dan pisau.

Mangsa yang merupakan ahli kumpulan Kaw Lak Kaw (969) sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan baik dengan ahli Jin Ngee Thong tetapi berselisih faham akibat perebutan kawasan selain enggan menyertai kumpulan terbabit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...