Selasa, 9 April 2013

UNDANG-UNDANG DAN ANDA: Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dikuatkuasakan sebelum hari penamaan calon.

Seksyen 4 -Hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai perhimpunan
(1) Hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah akta ini tidak meluas kepada yang berikut:


(a) seseorang bukan warganegara;
(b) perhimpunan yang diadakan dimana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;
(c) suatu proses jalanan;
(d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah dua puluh satu tahun; dan
(e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.

(2) Seseorang melakukan suatu kesalahan jika-

(a) sebagai seorang bukan warganegara, dia menganjurkan atau menyertai suatu perhimpunan;
(b) dia menganjurkan atau menyertai suatu perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;
(c) dia menganjurkan atau menyertai suatu protes jalanan;
(d)sebagai seorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun, dia menganjurkan suatu perhimpunan;
(e)sebagai seorang kanak-kanak, dia menyertai suatu perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual kedua; atau
(f) dia merekrut atau membawa kanak-kanak ke suatu perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak untuk menghadiri suatu perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(3)Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah 
perenggan (2)(a), (b), (c), (d) atau (e) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(4)Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(f) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

Jadual Kedua [Perenggan 4(1)(e)]

Perhimpunan yang boleh disertai oleh kanak-kanak
Perhimpunan keagamaan
Perarakan pengebumian
Perhimpunan berhubung dengan adat
Perhimpunan yang diluluskan oleh menteri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...