Isnin, 7 Januari 2013

Shafie gesa penjawat awam beri komitmen penuh jayakan dasar kerajaan


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa penjawat awam di peringkat persekutuan dan negeri supaya memberi komitmen penuh bagi melaksanakan segala dasar dan inisiatif kerajaan. 

Shafie berkata, komitmen seumpama itu amat penting bagi memastikan negara terus membangun dan berdaya saing selari dengan kemajuan global demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. 

"Sumbangan penjawat awam di semua peringkat perlu untuk jayakan dasar-dasar kerajaan. Kalau sistem penyampaian kerajaan terbantut, rakyat tidak akan dapat merasai nikmat daripada program pembangunan kerajaan," katanya. 

Shafie yang juga Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Semporna berkata demikian ketika berucap sempena majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Perkhidmatan Awam dan Pelajar Ulung Kolej Risda Daerah Semporna di sini, malam tadi. 

Anggota polis maut dalam kemalangan dekat PD

Gambar hiasan

Port Dickson: Seorang anggota polis terbunuh selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya berlanggar dengan kereta dipandu anggota tentera di kilometer 7 Jalan Pantai, dekat sini, kira-kira jam 10.55 malam tadi.
Mangsa, Lans Koperal Mohd Farid Firdaus Mohd Hashim, 28, disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Port Dickson.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...