Selasa, 22 Julai 2014

POLIS BERKAS TIGA INDIVIDU, RAMPAS HEROIN


Tangkak, 21 Julai - Polis memberkas tiga individu termasuk seorang pemuda dan tunangnya serta merampas dadah dipercayai heroin bernilai RM5,900 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kesang, di sini, dua hari lepas. 


Ketua Polis Daerah Ledang Supt Mohamed Salleh Abd Razak berkata serbuan dilakukan kira-kira pukul 6.30 pagi dan heroin seberat 195.23 gram yang siap diproses serta diisi dalam paket plastik itu ditemui disembunyikan di tempat pembuangan sampah di luar rumah. 


"Pemuda berumur 29 tahun, tunang dan rakannya yang berumur 18 tahun itu kini sedang disiasat lanjut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang, hari ini. 


Mohamed Salleh berkata dadah tersebut dianggarkan boleh dibekalkan kepada 9,800 penagih. 


Beliau berkata saringan air kencing mendapati pasangan tersebut positif dadah jenis syabu manakala rakan mereka bebas dadah. 


Katanya, kesemua mereka yang tidak mempunyai rekod jenayah kini direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

POLIS IPD LEDANG BERKAS EMPAT LELAKI MEMILIKI MERCUN, BUNGA API


Ledang, 21 Julai - Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Ledang berjaya menangkap empat lelaki dalam dua operasi Cantas Khas yang diadakan.

Dalam operasi pertama yang diadakan pada semlam (20 Julai), seramai tiga lelaki tempatan ditahan bersama sejumlah mercun dan bunga api.


Manakala hari ini, seorang lagi lelaki warga tempatan berjaya diberkas bersama sejumlah mercun dan bunga api yang dimiliki.


Ketua Polis Daerah Ledang Supt Mohamed Salleh Abd Razak berkata "dengan kedua-dua penangkapan tersebut, sebanyak 260 bungkusan mercun dan bunga api pelbagai jenis berjaya dirampas. 

Kes disiasat di bawah Seksyen Peraturan 74 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1957.

CRIME ALERT: TOREH DAN SELUK


Bersiar-siar sambil membeli belah merupakan satu daripada aktiviti utama masyarakat Malaysia pada hari ini. Kawasan-kawasan tumpuan seperti pusat membeli belah, karnival, festival dan pasar awam akan sentiasa sesak dengan pelbagai ragam manusia.

Namun, keriangan menikmati aktiviti tersebut boleh diragut apabila barangan berharga yang disangkakan selamat di dalam simpanan (di dalam beg tangan/beg atau seluar) hilang tanpa disedari.

Pastikan diri tidak dijadikan sasaran oleh sekumpulan individu yang mengambil kesempatan melakukan jenayah dengan menggunakan taktik "toreh dan seluk". 

Perbuatan dan pergerakan mereka ini sungguh licik dan profesional sehinggakan mangsa hanya menyedari barangan berharga milik mereka hilang apabila ingin menggunakannya.

PEKERJA ASING: USAH GUNA KHIDMAT ORANG TENGAH


Kuala Lumpur, 21 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa semua majikan di Malaysia supaya berurusan sendiri dengan pihak Jabatan Imigresan untuk menguruskan permit pekerja asing mereka bagi mengelakkan jenayah penipuan yang membabitkan khidmat orang tengah dalam urusan tersebut.


Menurutnya, setelah mendapat bayaran daripada syarikat-syarikat terbabit, sindiket ini akan mengeluarkan dokumen kelulusan palsu kepada syarikat terbabit dan penipuan ini hanya akan disedari setelah pembayaran levi dibuat bagi tujuan memperbaharui permit pekerja mereka.


POLIS PANGGIL LIM KIT SIANG BERI KETERANGAN

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Polis akan mengambil keterangan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam tempoh terdekat ini, berhubung kenyataannya dalam sebuah laman portal The Rocket mengenai kematian Teoh Beng Hock.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya telah menerima beberapa laporan berhubung kenyataan itu kerana ia didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...