Ahad, 31 Ogos 2014

Penyamun pecah peti besi kebas RM148,000


Kajang: Sebuah pasar raya di bandar ini kerugian RM148,000 selepas peti besi mengandungi wang tunai dipecahkan dua lelaki dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 1 hingga 2 pagi itu, dua suspek memakai penutup muka dan topi memanjat saluran paip sebelum masuk melalui cermin premis.

Difahamkan, suspek turut menggunakan kabel elektrik dari tingkat atas bangunan untuk menggunakan mesin pemotong bagi memecah dinding pejabat operasi yang terletak di tingkat bawah bangunan itu.

Rumah Guan Eng dibaling molotov koktel


Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 11.48 semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah ketua menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia meletup dan terbakar selepas dibaling, tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah ketua menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api. – Bernama, 31 Ogos, 2014.


Rifle, Peluru Dirampas Daripada Suspek Pengedar Dadah

Gambar hiasan

ALOR SETAR: Polis berjaya merampas selaras rifle, beratus peluru dan lapan peket syabu daripada seorang suspek yang disyaki pengedar dadah di Kuala Muda pada Jumaat.

Suspek yang menaiki kereta Proton Wira akhirnya berjaya dihentikan oleh sebuah kereta peronda MPV polis di Jalan Hospital.

Difahamkan anggota polis yang mengejar kenderaan itu turut melepaskan tembakan kearah kereta suspek ketika lelaki itu cuba melarikan diri.

Pencuri Berlian RM1.4 Juta Ditahan Polis


KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang mencuri dua cincin berlian bernilai RM1.4 juta di Bukit Bintang pertengahan bulan ini berjaya ditahan di Zurich, Switzerland pada Khamis.

Pengurus Keselamatan Penjual Barangan Emas Antarabangsa, Martin Winckel berkata, dua penjenayah terbabit ditahan ketika berkeliaran di  Bahnhofstrasse untuk mencuri berlian di sebuah kedai di situ.

Suspek dipercayai warga Taiwan itu pada mula berkunjung ke tiga buah kedai dan menyatakan minat terhadap berlian bernilai tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...