Selasa, 9 September 2014

Pengawal keselamatan maut ditembak


Tapah: Mangsa yang maut akibat ditembak dalam kejadian berhampiran plaza tol Bidor, dekat sini 11 malam tadi, dikenali sebagai G Mogesvaran, 22, seorang pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa mati akibat terkena satu das tembakan pada bahagian belakang badan yang menembusi dada kanannya, manakala dua rakannya yang cedera terkena tembakan pada bahagian leher dan tangan, namun dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kediaman menjadi sasaran tembakan rambang


Kepala Batas: Seorang lelaki bingung selepas kediamannya menjadi sasaran tembakan rambang oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Lorong Seri Bertam 3, Taman Sri Bertam 3 pagi tadi.

Ketika kejadian mangsa berusia 35 tahun tidak ada di rumah namun isterinya berusia 33 tahun dan empat anak sedang nyenyak tidur di dalam kediaman itu ketika tembakan terbabit dilepaskan. 

Suspek ditahan bersama dua bom kawalan jauh


Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dikehendaki polis bersabit kes jenayah lampau ditahan bersama dua butir bom kawalan jauh buatan sendiri di Taman Usahawan, Kepong di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 1.30 petang itu, suspek berusia 30-an yang mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau turut mencederakan seorang anggota polis yang cuba menahannya.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pemeriksaan lanjut turut menemui sebutir bom asap, sepucuk pistol tiruan dan sebilah pisau di dalam kenderaan suspek.

Mat Atim Penjenayah paling dikehendaki ditembak mati


KOTA BHARU - Seorang penjenayah paling dikehendaki polis berhubung beberapa kes bunuh di negeri ini akhirnya ditembak mati di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Banggol Telipot, Pasir Puteh, awal pagi tadi.

Mat Atim atau nama sebenarnya Hatim Mohd Zain, 25, mati di tempat kejadian selepas terkena beberapa das tembakan dilepaskan pihak polis.

Turut mati di tempat kejadian, rakan Mat Atim, Mohamad Hafiz Saupi juga berusia 25 tahun dan dipercayai seorang pengedar dadah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...