Khamis, 5 Februari 2015

Samun Kilang: Seorang Maut, Tujuh Lagi Diikat, Kurung Dalam Kontena

Gambar hiasan
IPOH: Seorang pemandu lori sebuah kilang membuat kabel di Taman Perindustrian Bemban dekat Batu Gajah meninggal dunia dalam kejadian samun di kilang berkenaan awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata V.Arunasalam, 62, yang berasal dari Seremban meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu.

"Tujuh pekerja serta dua pengawal keselamatan diikat dan dikurung dalam sebuah kontena.

"Suspek dipercayai terdiri daripada kira-kira 15 lelaki bersenjatakan parang," katanya.
Suspek melarikan 12 telefon bimbit, wang tunai lebih kurang RM3,500, dua televisyen LCD, set home teater dan barang kemas, yang kesemuanya merupakan milik pekerja.

Sebanyak 15 gulung kabel turut dilarikan, katanya.

Anggota Polis Rogol, Peras Ugut Pelajar


KUALA LUMPUR: Polis tidak akan bertolak ansur terhadap dua anggotanya yang didakwa merogol dan memeras ugut seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, sekiranya disabitkan kesalahan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, dua anggota polis yang ditahan pada Ahad turut digantung kerja (digantung dengan bergaji) daripada menjalankan tugas mereka.
"Terdapat dua siasatan, satu siatan jenayah dan satu lagi siasatan disiplin.

Pasukan Keselamatan Berjaga-Jaga Terhadap Kemungkinan Serangan


KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan serangan di negara ini berikutan laporan mengenai kematian anggota militan Zulkifli bin Hir atau Marwan di Filipina, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kita akan berhadapan terhadap apa sahaja cara yang dilakukan militan.
"Rakyat kita juga tidak terpedaya atau terjebak dalam menyokong militan," katanya selepas melancarkan selepas majlis pelancaran dan memperkenalkan pasukan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) musim 2015 pada Rabu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...