Khamis, 18 Jun 2015

Lelaki Sedang Pikat Burung Mati Ditembak


BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang dikatakan sedang memikat burung berhampiran sungai di Kampung Turus, Guar Perahu di sini, maut selepas ditembak malam Rabu.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Hamzah Man, 40, mati selepas tembakan berkenaan mengenai rusuk kanan dan dadanya.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata setakat ini, polis belum mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

ASP & Kpl Terima Rasuah Diperintah Bela Diri


KANGAR: Seorang pegawai polis yang menghadapi empat pertuduhan rasuah dan seorang Koperal dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Perlis di perintah membela diri atas tuduhan rasuah lebih empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Mohd Rosli Osman dalam penghakimannya berkata pendakwa raya telah membuktikan kes prima facie terhadap ASP Ahmad Zaharuddin Zainal Abidin, 47, dan Koperal Syed Zaini Syed Hassan, 45.

Hasrat bakal guru berkecai maut dicelah JENTOLAK


JERTIH - Hasrat bakal guru untuk berkelah bersama rakan tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kampung Chegar Batang dekat Pasir Akar, ketika dalam perjalanan ke pusat rekreasi Air Panas La, Hulu Besut, semalam.

Mangsa, Mohd Faisal Ismail, 22, dari Kampung Tok Raja meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah jentolak dalam kejadian lebih kurang jam 12.40 tengah hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...