Rabu, 25 Mei 2016

DCP DATO' AZRI AHMAD TIMBALAN KETUA POLIS PAHANG YANG BAHARU

Kuantan, 25 Mei - DCP Dato' Azri Ahmad dilantik Timbalan Ketua Polis Pahang yang baharu mengantikan Dato' Fatimah Ghazali yang akan bertukar ke Bukit Aman bagi menjawat jawatan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT).

Majlis serah terima tugas tersebut disempurnakan oleh Ketua Polis Pahang, Dato' Sharifuddin Ab Ghani dalam satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, pagi tadi.

Dalam majlis sama, Dato' Fatimah turut menyerahkan tugas Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Pahang kepada Datin Norliah Hj Othman.


Dipenjara setahun akibat ugut mahu tikam ibu

KUALA TERENGGANU- Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara setahun kerana mengugut mahu menikam ibu kandungnya dengan sebilah golok oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Keputusan dibuat selepas Tuan Mohd Ruzilani Tuan Daud, 27, dari Chendering, di sini, mengaku salah melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan sebilah golok kepada ibunya yang berusia 66 tahun.

Dia mengaku salah melakukan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu di kediaman mereka di Chendering, kira-kira jam 2 pagi, pada 7 Mei lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...