Rabu, 18 April 2018

TAHANAN SOSMA PENGSAN SEBELUM AJAL


LELAKI yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA), MENINGGAL DUNIA SELEPAS PENGSAN DI LOKAP BERPUSAT SHAH ALAM, malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pada 8.20 malam tadi, S THANABALAN, 38, ditemui pengsan di dalam satu daripada sel oleh anggota bertugas.
"Tahanan terbabit kemudiannya terus dibawa ke Hospital Shah Alam Selangor (HSAS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, tahanan disahkan meninggal dunia pada 9.05 malam oleh Pegawai Perubatan HSAS selepas bantuan rawatan tidak berjaya.
"Satu proses bedah siasat dijalankan pada pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Mazlan berkata, petugas Pejabat Kesihatan Daerah Petaling juga akan menjalankan pemeriksaan terhadap kawasan lokap, semua tahanan dan petugas-petugas Lokap Berpusat IPD Shah Alam kerana dipercayai berlaku wabak di situ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...